Pages

Penemuan Mesin Terbang Purba



Kita hanya mengetahui bahawa aktiviti penerbangan moden hanya bermula melalui Wright bersaudara namun ada penemuan yang lebih menakjubkan daripada itu di mana artifak yang ditemui seolah-olah menunjukkan kapal terbang moden telah wujud jauh lebih awal dari yang kita sangkakan. Sebuah relik perhiasan emas telah ditemui di kawasan yang meliputi Amerika Tengah dan kawasan pantai Amerika Selatan. Objek ini dianggarkan berusia di antara tempoh 500 dan 800 sebelum masihi, tetapi oleh kerana ianya diperbuat daripada emas, maka tarikh tepat adalah mustahil untuk ditentukan dan hanya dpat dianggar berdasarkan ujian stratigraphy yang mungkin tidak tepat sepenuhn ya. Walau bagaimanapun, kita boleh menyatakan bahawa objek emas ini mempunyai usia lebih daripada 1000 tahun.



Walau apapun tujuan objek emas ini direka, ia menampilkan persamaan yang ketara terhadap pesawat atau kapal angkasa moden dan ianya amatlah luar biasa.




Seperti yang dilihat dari gambar, bentuk objek sampel adalah agak samar-samar dan tidak jelas sepenuhnya. Ahli-ahli arkeologi melabelkan objek-objek ini sebagai zoomorphic yang bermakna objek yang berbentuk haiwan. Persoalannya, apakah haiwan yang mereka wakili? Adakah ia menggambarkan pemandu pesawat terbang tersebut berupa seperti haiwan atau dengan kata lainnya berbeza dari seorang manusia?



Seperti yang kita terjemahkan dari peristiwa Bahtera Nabi Nuh A.S, teknologi canggih seoalah-olah telah wujud beribu-ribu tahun terdahulu namun akhirnya ia telah lenyap setelah dunia diturunkan bala oleh ALLAH SWT di atas kemungkaran yang dilakukan oleh umat terdahulu. Maka, kemungkinan besar pesawat terbang ini wujud satu ketika dahulu bolehlah dikatakan benar. Namun apakah bentuk mahkluk tersebut pada waktu itu hanya ALLAH SWT sahaja yang maha mengetahui dah generasi kita masih perlu mencari kebenaran agar kita lebih memahami sejarah kewujudan manusia serta hidupan lain.

Masih banyak kebenaran yang perlu dibongkar oleh umat manusia khususnya umat Islam agar mengukuhkan kepercayaan dan keimanan kita terhadap kuasa ALLAH yang maha esa. Nantikan lebih banyak penemuan purba yang menarik dari Metro Exposure :-)



No comments:

Post a Comment