Pages

Cara Meningkatkan Ranking ALEXA Blog Anda


Salam sejahtera kepada semua pengunjung. Kali ni ME ingin berkongsi info yang telah diperolehi dari rakan-rakan blogger yang lain mengenai bagaimana untuk meningkatkan ranking ALEXA blog anda agar lebih mudah dicapai oleh pembaca lain. Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh anda cuba bagi menaikkan ranking ALEXA anda ye :-)


1. Anda boleh mencuba dengan Install Alexa toolbar atau Firefox SearchStatus extension dan menetapkan blog anda sebagai homepage. Anda boleh cari link install melalui Google Search mengikut kesesuaian contohnya cari “Install Alexa toolbar for chromekemudian install mengikut arahan yang ditetapkan.

2. Seterusnya anda boleh memasang widget Alexa Ranking di blog anda. Berdasarkan pandangan pakar, apabila widget tersebut diklik oleh pengunjung yang belum install Alexa Toolbar, maka ianya akan dikira sebagai kunjungan tambahan.

3. Anda juga boleh meminta bantuan teman blogger anda yang lain untuk memasang Alexa toolbar bersama dengan anda.

4. Selepas itu, minta pertolongan teman blogger anda untuk review profile blog anda di Alexa.

5. Mulalah menulis artikel mengenai Alexa sendiri. Seperti anda sendiri, para webmaster dan blogger suka mengetahui cara-cara meningkatkan alexa-nya. Dengan rela hati mereka akan backlink tulisan anda dan menghantar trafik. Ini sekaligus akan meningkatkan ranking alexa blog anda.

6. Seterusnya sila daftar blog anda di Digg atau StumbleUpon. Perkhidmatan ini boleh mengirimkan ribuan trafik bila artikel blog anda tampil di halaman depan.

7. Anda boleh mewujudkan kategori khas mengenai Alexa di blog anda dan gunakannya untuk menempatkan artikel atau tips yang berkaitan dengan Alexa.

8. Selain itu, pastikan anda mengoptimakan popular posts anda. Jika anda memiliki popular post yang konsisten menerima trafik dari search engine teruskan update entri tersebut dengan linkkan ke post Alexa.

9. Untuk berbayar pula, anda boleh beli iklan banner dan link dari forum. Jika iklan Anda menarik, ini sekaligus akan meningkatkan ranking alexa Anda.

10. Cara terakhir ialah anda boleh mengupah pemilik cybercafe untuk install Alexa toolbar dan setkan blog anda sebagai homepage di semua komputer yang ada di cybercafe tersebut.

Selamat mencuba :-)

No comments:

Post a Comment