Pages

Cara Mudah Tarik Trafik Ke Blog

Salam sejahtera kepada semua pengunjung. Bertemu lagi kita kali ini. Kali ni ME ingin berkongsi pula info yang telah diperolehi dari rakan-rakan blogger yang lain, terima kasih J mengenai bagaimana untuk tarik trafik ke blog anda agar ranking blog anda sentiasa berada di atas dan konsisten. Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh anda cuba bagi usaha Tarik Trafik Ke Blog anda ye :-)
 
1. Sentiasa beruasaha menghasiulkan isi penulisan yang baik. Jika semakin tinggi mutu artikel, video atau gambar yang anda sediakan, maka semakin banyak pengunjung yang mahu membaca serta mengeksplore blog anda. Sentiasa buat pertimbangan terlebih dahulu sama ada apa yang anda tulis itu adalah sesuatu yang perlu atau tidak untuk anda kongsikan. 

2. Jangan ketinggalan untuk menyertai laman jaringan sosial online seperti twitter, facebook dan google buzz. Sentiasa postkan link artikel anda ke dalam laman sosial setiap hari. Tapi harus diingat agar jangan sampai melakukan spam kepada orang lain.

3. Kemudian jaganlah anda main hentam menulis artikel. Sentiasalah menulis artikel berdasarkan keywords. Ini adalah kerana apabila pengunjung menaip perkataan ke dalam enjin carian, maka laman web yang mengandugi perkataan yang ditaip tersebut akan muncul terlebih dahulu. Sentiasa mempertimbangkan apakah kata kunci (keywords) yang mungkin akan ditaip oleh pengunjung di enjin carian.


4. Seterusnya kita lihat cara tingkatkan trafik blog dengan mudah. Anda hanya perlu pergi ke Google Adwords Keyword Tool. Masukkan beberapa baris ayat yang menerangkan artikel anda dan kemudian tekan "search". Tool ini akan membantu memberikan cadangan kepada anda berdasarkan kepada kadar jumlah carian melalui keyword yang digunakan. Tool ini biasa digunakan mereka yang menggunakan Adwords untuk mengiklan laman web, produk atau perkhidmatan.

5. Seterusnya, anda perlu pilih kombinasi kata kunci daripada senarai yang menerangkan tentang artikel anda. Disarankan agar anda memilih keyword yang mempunyai persaingan rendah atau sederhana daripada para pengiklan dan pada masa yang sama mempunyai jumlah carian tertinggi. 

6. Kini anda boleh gunakan kombinasi kata kunci tersebut pada tajuk laman web atau tajuk utama artikel anda. Letakkan juga kombinasi keyword tersebut sebanyak dua atau tiga kali di dalam artikel. Letakkan di permulaan, pertengahan, dan pengakhiran artikel.

7. Jangan lupa link kan artikel anda ke artikel lain dalam blog anda yang berkaitan dengan keyword tersebut. Elakkan daripada menggunakan perkataan seperti "KLIK SINI" dan letakkan keyword artikel sebagai link yang boleh diklik.

Terima kasih kepada sumber artikel ini :-) Diharapkan anda Berjaya mencubanya.

No comments:

Post a Comment