Pages

Kereta Idaman KIA Forte Cerato K3 2013

Nampaknya syarikat pengeluar kenderaan KIA dari Korea tidak menunggu lama untuk menyiapkan sebuah lagi model terbaru dalam siri Forte ataupun lebih tepat pengganti Forte iaitu Cerato K3. Model ini dijangkakan akan dilancarkan pada tahun hadapan 2013 namun begitu beberapa imej promosi model ini telahpun tersebar di internet.



Kalau sebelum ini model Forte telah berjaya menambat hati rakyat Malaysia dengan kepelbagaian penampilan serta fungsi yang menarik, maka diharapkan KIA akan terus menawarkan lebih banyak ciri-ciri yang menarik untuk keselesaan pengguna :-). Tidak hairan jika sebelum ini Forte dikenali sebagai kereta gajet di mana ianya sarat dengan ciri-ciri menarik yang tidak ada pada kereta pengeluar gergasi yang lain.



Masih tidak banyak yang diketahui tentang model Cerato ini namun secara kasarnya model ini diadaptasi dari rekabentuk KIA Optima terbaru dan dari segi dimensinya ia mempunya panjang yang lebih berbanding Forte sebelum ini. Jarak di antara roda juga telah bertambah serta dipercayai ia akan menawarkan keupayaan enjin yang lebih besar dan berkuasa.



Sama-sama kina nantikan review seterusnya mengenai model baru ini di dalam siri kedua nanti :-) Nikmati terlebih dahulu gambar yang telah tersebar di internet pada masa kini.





Selamat Datang Follower Metro Exposure




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung. Admin Metro Exposure (ME)mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda kerana sudi menyokong penglibatan kami di dalam dunia blog berinformasi ini :-). Sesunggunya sokongan anda merupakan pembakar semangat kepada kami untuk terus menyalurkan berbagai informasi berguna dan menarik dari pelbagai bidang yang menjadi sebahagian dari kehidupan kita seharian. Insyaallah perkongsian ilmu ini akan membawa seribu kebaikan serta perpaduan dikalangan kita semua.