Pages

Canon 5D Mark III Features Review


 
 Hye there, if you are Canon 5D mark II enthusiast this review should be your perfect review if you are looking for new generation of 5D series especially in video making technology. Previously, 5D mark ii is not disappointing you in order to capture high quality photo or video. Now, does 5D mark iii will perform much better then 5D mark ii based on its new features. I believed this camera is the main topic which is discussed among videographer out there. Now let’s check it out :-)

This new 5D Mark III DSLR which is launched by Canon a few month ago, is a follow up to the 5D Mark II that offers a feature set that sits somewhere between its predecessor (especially Nikon) and 1D X which is also now released. The camera packs with a 22.3MP full-frame sensor which is seem a bit higher then previous, the 61-point AF system found in the 1D X make it faster than 5D mark II in focusing the subject., 63-zone metering, an ISO range of 100-25600 (you can expand it into 50-102400), 6fps continuous shooting, a 3.2-inch LCD (1.04M dots) with clear view, and 100% viewfinder coverage (up from 98%). Hrmm, it was the main key for this beast huh :-).

Ahaa, especially to those who are very serious in the video recording department, the 5D Mark III is able to capture H.264 footage at 1080p24/25/30 or 720p50/60 (still remain the same). In addition to a stereo mic input such as RODE professional mic or Seinheiser, the camera also features a headphone jack that allows you to monitor audio levels while recording which is the standard features for 3CCD camera. Another huge plus for filmmakers is the fact that the rear dial becomes touch sensitive during video recording, allowing you to change settings without shaking the camera or introducing clicking noises into your footage. We are already know that DSLR videography handling is a bit harder than ordinary camcorder so I think this dial will helps you to change the setting without disturbing your recording. But the HDMI port will only deliver 720p if you are using an external monitor to shoot out video. Maybe in the future it can support 1080p. Who knows right :-)

Canon has packed this 5D mark III with 22.3 megapixels, up from the 21.1 found in the 5D Mark II which is 1.2 megapixels higher. Although more pixels are crammed into the same dimensions, the new sensor uses the gapless micro lens design found in the 1D X, and should offer vastly improved low-light picture quality. Perfectly to those who hate the noise which is appear in the dark shots.

As the photo management become more important to photographers out there, the camera features a number of new buttons, including a rating button for starring photos (before we only can rate in using software such as ACDSee), a creative photo button similar to compact camera, and a dedicated Live View button, and a multi-function button next to the shutter release. The power switch has been moved to the top left next to the locking mode dial, and there’s a new rear dial-locking slider on the back. This is good if you are a clumsy person while taking the shot but you want to hold the same setting without changes.

Hermm, something which is new and pack with a new improvement will not always make you smile. Now we should look to one of the most important details about any new camera: the price. The Canon 5D Mark III will be priced at $3,500 for the body only, or $4,300 when bundled with the 24-105mm. I think this price is not very good to hear and will make the previous 5D mark II owner will reconsidering the worthiness to buy this new generation of 5D while the mark II is still relevance to capture superb both image and video. We should pray that the price will be revised by Canon. 

For more info please visits this video from youtube :-) Thank you for reading...

 

Cara Mudah Tarik Trafik Ke Blog

Salam sejahtera kepada semua pengunjung. Bertemu lagi kita kali ini. Kali ni ME ingin berkongsi pula info yang telah diperolehi dari rakan-rakan blogger yang lain, terima kasih J mengenai bagaimana untuk tarik trafik ke blog anda agar ranking blog anda sentiasa berada di atas dan konsisten. Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh anda cuba bagi usaha Tarik Trafik Ke Blog anda ye :-)
 
1. Sentiasa beruasaha menghasiulkan isi penulisan yang baik. Jika semakin tinggi mutu artikel, video atau gambar yang anda sediakan, maka semakin banyak pengunjung yang mahu membaca serta mengeksplore blog anda. Sentiasa buat pertimbangan terlebih dahulu sama ada apa yang anda tulis itu adalah sesuatu yang perlu atau tidak untuk anda kongsikan. 

2. Jangan ketinggalan untuk menyertai laman jaringan sosial online seperti twitter, facebook dan google buzz. Sentiasa postkan link artikel anda ke dalam laman sosial setiap hari. Tapi harus diingat agar jangan sampai melakukan spam kepada orang lain.

3. Kemudian jaganlah anda main hentam menulis artikel. Sentiasalah menulis artikel berdasarkan keywords. Ini adalah kerana apabila pengunjung menaip perkataan ke dalam enjin carian, maka laman web yang mengandugi perkataan yang ditaip tersebut akan muncul terlebih dahulu. Sentiasa mempertimbangkan apakah kata kunci (keywords) yang mungkin akan ditaip oleh pengunjung di enjin carian.


4. Seterusnya kita lihat cara tingkatkan trafik blog dengan mudah. Anda hanya perlu pergi ke Google Adwords Keyword Tool. Masukkan beberapa baris ayat yang menerangkan artikel anda dan kemudian tekan "search". Tool ini akan membantu memberikan cadangan kepada anda berdasarkan kepada kadar jumlah carian melalui keyword yang digunakan. Tool ini biasa digunakan mereka yang menggunakan Adwords untuk mengiklan laman web, produk atau perkhidmatan.

5. Seterusnya, anda perlu pilih kombinasi kata kunci daripada senarai yang menerangkan tentang artikel anda. Disarankan agar anda memilih keyword yang mempunyai persaingan rendah atau sederhana daripada para pengiklan dan pada masa yang sama mempunyai jumlah carian tertinggi. 

6. Kini anda boleh gunakan kombinasi kata kunci tersebut pada tajuk laman web atau tajuk utama artikel anda. Letakkan juga kombinasi keyword tersebut sebanyak dua atau tiga kali di dalam artikel. Letakkan di permulaan, pertengahan, dan pengakhiran artikel.

7. Jangan lupa link kan artikel anda ke artikel lain dalam blog anda yang berkaitan dengan keyword tersebut. Elakkan daripada menggunakan perkataan seperti "KLIK SINI" dan letakkan keyword artikel sebagai link yang boleh diklik.

Terima kasih kepada sumber artikel ini :-) Diharapkan anda Berjaya mencubanya.

Cara Meningkatkan Ranking ALEXA Blog Anda


Salam sejahtera kepada semua pengunjung. Kali ni ME ingin berkongsi info yang telah diperolehi dari rakan-rakan blogger yang lain mengenai bagaimana untuk meningkatkan ranking ALEXA blog anda agar lebih mudah dicapai oleh pembaca lain. Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh anda cuba bagi menaikkan ranking ALEXA anda ye :-)


1. Anda boleh mencuba dengan Install Alexa toolbar atau Firefox SearchStatus extension dan menetapkan blog anda sebagai homepage. Anda boleh cari link install melalui Google Search mengikut kesesuaian contohnya cari “Install Alexa toolbar for chromekemudian install mengikut arahan yang ditetapkan.

2. Seterusnya anda boleh memasang widget Alexa Ranking di blog anda. Berdasarkan pandangan pakar, apabila widget tersebut diklik oleh pengunjung yang belum install Alexa Toolbar, maka ianya akan dikira sebagai kunjungan tambahan.

3. Anda juga boleh meminta bantuan teman blogger anda yang lain untuk memasang Alexa toolbar bersama dengan anda.

4. Selepas itu, minta pertolongan teman blogger anda untuk review profile blog anda di Alexa.

5. Mulalah menulis artikel mengenai Alexa sendiri. Seperti anda sendiri, para webmaster dan blogger suka mengetahui cara-cara meningkatkan alexa-nya. Dengan rela hati mereka akan backlink tulisan anda dan menghantar trafik. Ini sekaligus akan meningkatkan ranking alexa blog anda.

6. Seterusnya sila daftar blog anda di Digg atau StumbleUpon. Perkhidmatan ini boleh mengirimkan ribuan trafik bila artikel blog anda tampil di halaman depan.

7. Anda boleh mewujudkan kategori khas mengenai Alexa di blog anda dan gunakannya untuk menempatkan artikel atau tips yang berkaitan dengan Alexa.

8. Selain itu, pastikan anda mengoptimakan popular posts anda. Jika anda memiliki popular post yang konsisten menerima trafik dari search engine teruskan update entri tersebut dengan linkkan ke post Alexa.

9. Untuk berbayar pula, anda boleh beli iklan banner dan link dari forum. Jika iklan Anda menarik, ini sekaligus akan meningkatkan ranking alexa Anda.

10. Cara terakhir ialah anda boleh mengupah pemilik cybercafe untuk install Alexa toolbar dan setkan blog anda sebagai homepage di semua komputer yang ada di cybercafe tersebut.

Selamat mencuba :-)

Masa depan Video DSLR



Bertemu lagi kita melaui entri terbaru yang akan membincangkan mengenai hala tuju bidang perfileman serta video perkahwinan di masa hadapan. Bagi peminat fotografi dan videografi dslr di luar sana, pastinya anda begitu teruja dengan kecanggihan serta keupayaan kamera dslr untuk merakam video serta menghasilkan mood seakan-akan filem yang dapat dicapai dengan harga kos kamera yang lebih murah.

Tidak dapat dinafikan ciri video pada dslr telah memberi nafas yang segar di dalam pembikinan video perkahwinan terutamanya serta telah diguna pakai oleh banyak produksi untuk penggambaran drama. Walaupun pengendalian kamera dslr ini tidaklah begitu mudah semasa merakam video, namun ianya seakan menjadi satu kegilaan bagi para videografer untuk merakamkan kenangan indah di dalam format yang lebih berkualiti dan kreatif.

Dengan penawaran model baru serta ciri-ciri yang ditambah baik, maka industri video ini terus berkembang dengan pesat sehingga munculnya lebih ramai juruvideo perkahwinan yang ingin mencuba nasib di dalam industri ini. Baru baru ini Canon telah melancarkan model EOS 5D Mark III yang menjadi penanda aras baru bagi video dslr di mana banyak ciri-cirinya ditambah baik sebagai sebuah kamera video. Boleh dikatakan teknologi ini akan terus berkembang dan memberi banyak pilihan kepada juruvideo untuk memiliki kamera yang baik.

Namun apa yang ingin dibincangkan di dalam entri ini ialah masa hadapan industri video berasaskan dslr. Boleh dikatakan kualiti videonya semakin tidak dapat digugat dan menjadi kriteria yang dipertimbangkan oleh bakal pengantin agar memori indah mereka dapat dirakam dengan baik. Selaras dengan perkembangan teknologi kamera, maka model kamera terdahulu telah ditolak ke bawah menjadi model permulaan bagi individu yang ingin memiliki kamera peribadi. Sebagai contoh, jika dahulu model 550D merupakan model utama di dalam industri namun kini ianya telah diturunkan menjadi model bawahan yang memiliki fungsi video di mana ianya telah digantikan dengan model 60D, 600D dan sebagainya.

Apa yang ingin penulis nyatakan di sini ialah,  apabila model ini menjadi model permulaan maka harganya juga telah diturunkan. Pada satu masa dahulu, kamera dslr merupakan kamera yang tidak mungkin difikirkan oleh individu biasa yang tidak pernah terlibat di dalam dunia fotografi. Namun apabila harganya telah diturunkan sehingga hampir sama seperti kamera kompak lalu masyarakat memandangnya sebuah pakej kamera yang berbaloi untuk dimiliki berbanding kamera kompak biasa. Maka bermulalah era dslr di Malaysia sehinggakan kanak-kanak kecil juga tanpa rasa ragu-ragu menggunakannya seperti sebuah kamera kompak.

Ini merupakan satu ancaman terhadap industri video di mana orang ramai yang tidak terlibat di dalam videografi juga mampu merakam video menggunakan dslr di samping mengambil gambar foto. Mungkin para juruvideo merasakan ianya bukan satu masalah kerana tidak semua orang mampu merakam video dengan baik serta kreatif. Namun begitu, harus diingat bahawa mungkin bukan semua pelanggan mempunyai kewangan yang mencukupi. Bagi mereka yang tidak mementingkan kesempurnaan, maka mereka boleh meminta pertolongan sanak saudara yang meiliki kamera untuk merakam majlis mereka dengan bayaran upah yang lebih rendah. Suntingan merupakan sati kisah lain tapi bagi mereka asalkan mereka dapat merakam majlis tersebut terlebih dahulu sudah memadai. Andai mereka mempunyai bajet lain di masa hadapan barulah proses suntingan akan dilakukan.
Penulis bukanlah hendak mengatakan bahawa juruvideo dslr di sana perlu gulung tikar atau mencari kerja lain. Apa yang ingin disuarakan ialah agar kita semua sebagai juruvideo dapat membuat persiapan serta membuat peralihan bidang rakaman video agar skopnya tidak hanya tertumpu kepada video perkahwinan sahaja. 

Sebagai contoh, kamera dslr hanya dapat merakam klip video untuk jangkamasa singkat 12 minit dan tidak dapat membuat rakaman terus menerus. Kemudian, ia juga tidak sesuai bagi rakaman live feed dan juga MCP. Ketiadaan 2 ciri penting ini telah menyebabkan DSLR tidak dapat bersaing di dalam bidang yang lebih luas berbanding keupayaan HD nya.

Maka mungkin sudah sampai masanya kita beralih semula kepada kamera video asli yang juga sudah menwarkan siri Full HD yang lebih baik dan berkualiti. Mungkin harganya lebih mahal namun jika anda merupakan seorang juruvideo sepenuh masa yang serius, maka ianya merupakan pelaburan yang baik untuk anda. Laburkan juga sedikit wang anda untuk membeli kelengkapan lain seperti switcher dan video komander agar keupayaan fungsi rakaman anda dapat diperluaskan sehingga ke majlis yang lebih besar terutamanya event oleh kerajaan.

Oleh itu, sama-samalah kita fikirkan hala tuju yang terbaik untuk perjalanan industri video kita. Jika kreativiti yang menjadi keutamaan maka DSLR lah pilihan untuk anda. Namun jika video merupakan nadi pendapatan anda maka perlulah kita menilai semua model kamera lain yang lebih sesuai untuk berjuang J

Telefon Bimbit Di Sekolah - Bencana Atau Rahmat




Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan kemungkinan untuk memberi kebenaran kepada pelajar bagi membawa telefon bimbit ke sekolah. Ramai yang tidak bersetuju dan ada juga segelintir yang menyokong perkara ini. Namun adakah kelonggaran yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran ini bakal membawa kebaikan di dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Pada pendapat penulis, berkemungkinan besar perkara ini telah di bawa ke peringkat kementerian oleh beberapa individu yang bernama ibu bapa di mana mereka mungkin ada sebab-sebab tersendiri. Apa yang penulis ingin kupas ialah apakah sebenarnya motif isu ini ditimbulkan dan apakah kesannya kepada semua pihak.

Terdapat dua kemungkinan di sini iaitu tujuan ini barangkali telah ditimbulkan samada oleh ibu bapa yang risaukan keselamatan anak-anak mereka apabila pulang dari sekolah dan mungkin juga berpunca dari pujuk rayu anak-anak segelintir dari ibu bapa ini yang menggesa agar mereka dapat dibenarkan bawa handphone tanpa sebarang sekatan oleh pihak sekolah. Boleh saya katakan ada tujuan yang baik dan ada juga yang bermotifkan peribadi dan kesukaan sendiri.

Pertama sekali mari kita lihat dari segi keselamatan anak-anak kita di luar sana. Tidak dinafikan dengan kadar jenayah yang semakin menakutkan saban hari menyebabkan ibu bapa berasa risau akan keselamatan anak-anak mereka. Boleh dikatakan terdapat beberapa kes di sekolah yang memberi kelonggaran kepada pelajar tertentu yang memohon dari pihak sekolah agar dapat membawa telefon bimbit. Mereka telah dibenarkan dengan bersyarat di mana pihak sekolah akan menyimpan telefon tersebut sehingga tamat persekolahan serta pelajar juga hanya dibenarkan membawa telefon yang berharga murah bagi tujuan keselamatan. Ya tentu sekali kebenaran bersyarat ini maat membantu meredakan keresahan ibu bapa semasa bekerja. Sekurang-kurangnya mereka tahu anak mereka selamat sampai ke rumah setelah pulang dari sekolah.

Namun begitu, pihak sekolah perlu menapis dahulu keperluan pelajar ini di mana setiap permohonan memerlukan sesi perbincangan bersama ibu bapa bagi menentukan tahap keperluan tersebut. Jika keperluannya tidak kritikal, maka hasrat ini tidak semestinya dibenarkan kepada pelajar.

Jika tadi berkenaan kebaikan, kita lihat pula apakah natijahnya jika perkara ini dibenarkan oleh kementerian. Di samping larangan membawa telefon bimbit oleh kementerian pelajaran sebelum ini (melalui pekeliling), terdapat ramai pelajar yang membawa telefon bimbit secara curi-curi dan juga sentiasa mencuri menggunakannya seaktu berada di kelas apatah lagi semasa guru sedang mengajar. Aktiviti yang biasa dilakukan ialah SMS bersama rakan yang membawa telefon bimbit, bermain permainan, mendengar musik serta banyak yang telah ditangkap menonton video lucah bersama rakan-rakan. Apa yang hendah saya nyatakan di sini ialah, walaupun dengan larangan pihak kementerian sebelum ini, masalah berantai berkaitan dengan telefon bimbit ini sudahpun banyak menyusahkan guru dan pihak sekolah apatah lagi kerosakan jiwa dan diri pelajar secara terus.

Telefon bimbit merupakan amat yang amat berguna dan memberi kebaikan namun begitu, anak-anak kita di sana sentiasa dibiarkan oleh ibu bapa tanpa sebarang kawalan sehingga tidak mampu membezakan apakah had mereka semasa menggunakan peranti tersebut. Maka tidak hairan lebih banyak aktiviti yang tidak berfaedah berbanding kegunaan asal telefon tersebut. Kebanyakkan pelajar yang ditangkap juga membawa telefon bimbit yang tidak mempunyai nilai kredit bermakna tujuan mereka hanyalah untuk menunjuk-nunjuk kepada rakan yang lain bahawa mereka juga mempunyai gajet yang bernilai ratusan hingga ribuan ringgit.

Apa yang menjadi kemarahan para guru ialah, apabila berlaku sebarang kecurian telefon bimbit pelajar ini tanpa segan silu menggesa guru agar melakukan pemeriksaan bagi mencari semula telefon mereka sedangkan mereka tahu perbuatan mereka telah melanggar undang-undang sekolah. Hendak dinyatakan di sini bahawa, pihak sekolah tidak perlu bertanggungjawab terhadap kehilangan barangan larangan ini dan apa yang menyedihkan apabila pelajar tidak berjaya memujuk guru di sekolah, mereka akan membawa ibu bapa mereka ke sekolah agar dapat memberi tekanan kepada guru dan pihak sekolah. Apatah lagi guru pula yang akan di maki hamun oleh ibu bapa seolah-olah guru tidak bertanggungjawab dan anak mereka tidak melakukan kesalahan.

Wahai ibu bapa di luar sana, janganlah anda risaukan anak anda tidak tahu menggunakan telefon bimbit jika mereka disekat dari menggunakannya pada peringkat awal kerana sesungguhnya zaman sudah berubah. Generasi baru amat mudah menguasai teknologi gadget ini dan jika anda sayangkan anak anda, letaklah satu had umur bagi memberi kebebasan kepada mereka untuk menggunakan kemudahan ini. Sememangnya menjadi satu kebanggan bagi ibu melihat anak-anak mereka amat cekap bermain dengan telefon bimbit dan gajet lain apatah lagi anak mereka hanya berumur 3-4 tahun. Namun begitu apa yang tidak kita sedari,kita telah meletakkan anak-anak kita di dalam satu dimensi tertutup sehingga mereka tidak mampu berinteraksi dengan baik dengan dunia nyata.

Mengikut kajian, bagi anak-anak yang menghabiskan berjam-jam dengan bermain bersama gajet elektronik setiap hari akan menjadikannya seorang yang terlalu pasif dan juga terlalu agresif. Ini adalah kerana mereka berkawan, berlawan dan bersosial hanya di dunia maya tidak bersempadan yang tidak mempunyai perasaan untuk bertindak balas dari segi emosi dan pengajaran. Oleh itu, maka lunturlah sifat kemanusiaan serta nilai murni seorang individu sehingga mereka tidak lagi mengerti apakah bahasa dan perbuatan yang sesuai di dunia sebenar. Contohnya amatlah ketara kini di mana anak muda semakin kurang ajar dengan orang dewasa serta penggunaan bahasa semakin tunggang langgang saban hari.

Berbalik kepada isu telefon tadi, jika pelaksanaan ini diteruskan maka guru di sekolah akan menghadapi satu cabaran yang amat besar dan yakinilah ianya akan mengganggu keseluruhan proses pembelajaran di sekolah. Pelajar akan semakin sukar dikawal di kelas serta penumpuan akan jatuh ke paras 70% apabila pelajar sentiasa mempunya telefon di poket. Bagi seorang remaja yang sedang membesar, kegilaan serta keterujaan terhadap gajet ini akan menyebabkan fikiran mereka banyak membayangkan keseronokan bermain bersama gajet ini walaupun tidak menggunakannya.

Sifat tunjuk menunjuk juga akan membawa perasaan hasad dengki sehingga terjadinya kecurian oleh pihak lain samada kerana tidak mampu memilikinya ataupun atas kerana sakit hati terhadap rakan tersebut. Penyalahgunaan juga akan berleluasa seperti rakaman video secara tersembunyi seperti di tandas dan sebagainya sehingga terjadinya penyebaran bahan yang tidak bermoral.

Pendek kata banyak lagi keburukan yang lain berbanding kebaikan. Jika telefon awam yang tidak berfungsi di sekolah yang menjadi puncanya, maka itu tidak boleh dijadikan alasan oleh pelajar. Pihak sekolah sentiasa membenarkan pelajar membuat panggilan penting dengan caj yang jauh lebih murah berbanding telefon awam jika pelajar memerlukannya apabila kecemasan. Sebagi contoh sebuah sekolah di kawasan Ampang, dengan hanya caj 20 sen untuk sebuah panggilan yang tidak dihitung masanya ianya amat murah dan jauh lebih murah dari telefon bimbit. Maka ibu bapa seharusnya lebih memahami keadaan ini dan dapat membantu pihak sekolah bagi memastikan anak-anak mereka tidak hanyut dengan arus teknologi yang mampu merosakkan anak-anak kita jika tidak dikawal penggunaanya.

Banyak lagi perkara yang ingin dikupas oleh penulis namun begitu sampai di sini sahaja perbincangan ini buat masa ini, semoga di masa hadapan dapat diberikan kudrat untuk menyambung kupasan yang lebih mendalam agar dapat kita saling mengingati sesama ibu bapa agar anak kita sentiasa berada di laluan terbaik menjadi insan yang harmonis dan seimbang serta berkeupayaan dari segala aspek. Jumpa lagi di entri seterusnya terima kasih atas kesudian anda membaca :-)

Penemuan Mesin Terbang Purba



Kita hanya mengetahui bahawa aktiviti penerbangan moden hanya bermula melalui Wright bersaudara namun ada penemuan yang lebih menakjubkan daripada itu di mana artifak yang ditemui seolah-olah menunjukkan kapal terbang moden telah wujud jauh lebih awal dari yang kita sangkakan. Sebuah relik perhiasan emas telah ditemui di kawasan yang meliputi Amerika Tengah dan kawasan pantai Amerika Selatan. Objek ini dianggarkan berusia di antara tempoh 500 dan 800 sebelum masihi, tetapi oleh kerana ianya diperbuat daripada emas, maka tarikh tepat adalah mustahil untuk ditentukan dan hanya dpat dianggar berdasarkan ujian stratigraphy yang mungkin tidak tepat sepenuhn ya. Walau bagaimanapun, kita boleh menyatakan bahawa objek emas ini mempunyai usia lebih daripada 1000 tahun.



Walau apapun tujuan objek emas ini direka, ia menampilkan persamaan yang ketara terhadap pesawat atau kapal angkasa moden dan ianya amatlah luar biasa.




Seperti yang dilihat dari gambar, bentuk objek sampel adalah agak samar-samar dan tidak jelas sepenuhnya. Ahli-ahli arkeologi melabelkan objek-objek ini sebagai zoomorphic yang bermakna objek yang berbentuk haiwan. Persoalannya, apakah haiwan yang mereka wakili? Adakah ia menggambarkan pemandu pesawat terbang tersebut berupa seperti haiwan atau dengan kata lainnya berbeza dari seorang manusia?



Seperti yang kita terjemahkan dari peristiwa Bahtera Nabi Nuh A.S, teknologi canggih seoalah-olah telah wujud beribu-ribu tahun terdahulu namun akhirnya ia telah lenyap setelah dunia diturunkan bala oleh ALLAH SWT di atas kemungkaran yang dilakukan oleh umat terdahulu. Maka, kemungkinan besar pesawat terbang ini wujud satu ketika dahulu bolehlah dikatakan benar. Namun apakah bentuk mahkluk tersebut pada waktu itu hanya ALLAH SWT sahaja yang maha mengetahui dah generasi kita masih perlu mencari kebenaran agar kita lebih memahami sejarah kewujudan manusia serta hidupan lain.

Masih banyak kebenaran yang perlu dibongkar oleh umat manusia khususnya umat Islam agar mengukuhkan kepercayaan dan keimanan kita terhadap kuasa ALLAH yang maha esa. Nantikan lebih banyak penemuan purba yang menarik dari Metro Exposure :-)



Kereta Idaman KIA Forte Cerato K3 2013

Nampaknya syarikat pengeluar kenderaan KIA dari Korea tidak menunggu lama untuk menyiapkan sebuah lagi model terbaru dalam siri Forte ataupun lebih tepat pengganti Forte iaitu Cerato K3. Model ini dijangkakan akan dilancarkan pada tahun hadapan 2013 namun begitu beberapa imej promosi model ini telahpun tersebar di internet.



Kalau sebelum ini model Forte telah berjaya menambat hati rakyat Malaysia dengan kepelbagaian penampilan serta fungsi yang menarik, maka diharapkan KIA akan terus menawarkan lebih banyak ciri-ciri yang menarik untuk keselesaan pengguna :-). Tidak hairan jika sebelum ini Forte dikenali sebagai kereta gajet di mana ianya sarat dengan ciri-ciri menarik yang tidak ada pada kereta pengeluar gergasi yang lain.



Masih tidak banyak yang diketahui tentang model Cerato ini namun secara kasarnya model ini diadaptasi dari rekabentuk KIA Optima terbaru dan dari segi dimensinya ia mempunya panjang yang lebih berbanding Forte sebelum ini. Jarak di antara roda juga telah bertambah serta dipercayai ia akan menawarkan keupayaan enjin yang lebih besar dan berkuasa.



Sama-sama kina nantikan review seterusnya mengenai model baru ini di dalam siri kedua nanti :-) Nikmati terlebih dahulu gambar yang telah tersebar di internet pada masa kini.





Selamat Datang Follower Metro Exposure




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung. Admin Metro Exposure (ME)mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda kerana sudi menyokong penglibatan kami di dalam dunia blog berinformasi ini :-). Sesunggunya sokongan anda merupakan pembakar semangat kepada kami untuk terus menyalurkan berbagai informasi berguna dan menarik dari pelbagai bidang yang menjadi sebahagian dari kehidupan kita seharian. Insyaallah perkongsian ilmu ini akan membawa seribu kebaikan serta perpaduan dikalangan kita semua.