
Kalau sebelum ini model Forte telah berjaya menambat hati rakyat Malaysia dengan kepelbagaian penampilan serta fungsi yang menarik, maka diharapkan KIA akan terus menawarkan lebih banyak ciri-ciri yang menarik untuk keselesaan pengguna :-). Tidak hairan jika sebelum ini Forte dikenali sebagai kereta gajet di mana ianya sarat dengan ciri-ciri menarik yang tidak ada pada kereta pengeluar gergasi yang lain.

Masih tidak banyak yang diketahui tentang model Cerato ini namun secara kasarnya model ini diadaptasi dari rekabentuk KIA Optima terbaru dan dari segi dimensinya ia mempunya panjang yang lebih berbanding Forte sebelum ini. Jarak di antara roda juga telah bertambah serta dipercayai ia akan menawarkan keupayaan enjin yang lebih besar dan berkuasa.

Sama-sama kina nantikan review seterusnya mengenai model baru ini di dalam siri kedua nanti :-) Nikmati terlebih dahulu gambar yang telah tersebar di internet pada masa kini.
