Pages

Alahai RM100 oh RM100, macam-macam ada!!!





Awal tahun 2013 ini kerajaan telah mengumumkan sekali lagi pemberian duit RM100 kepada pelajar sekolah dan ia telahpun diserahkan baru-baru ini. Betapa gembiranya hati rakyat Malaysia terutamanya pelajar sekolah. Apa yang nak dibincangkan di sini ialah adakah ianya benar-benar membantu keluarga susah? Adakah institusi pendidikan semakin dihormati? Pertama sekali admin ingin menegaskan bahawa penulisan ini bukanlah berunsur politik atau bangkangan terhadap kerajaan.Cuma ianya secebis perbincangan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk kita semua untuk penambahbaikan di masa hadapan.

Tidak salah dengan memberikan bantuan kepada rakyat. Namun menjadi sedikit masalah apabila ianya menjadi perkara yang ingin memewahkan rakyat. Rakyat berhak mewah namun bukan ini caranya. Terdapat banyak luahan hati dari pelbagai pihak samada guru dan juga ibu bapa. Pertama sekali kita lihat dari aspek keperluan. Memang benar wujudnya keluarga yang memerlukan bantuan sebegini namun harus diingat sekolah telahpun mempunyai senarai pelajar yang layak menerima duit KUAM. Persoalannya di sini, perlukah wang RM100 tersebut diberikan kepada kesemua sekali pelajar sekolah sedangkan terdapat ramai juga ibu bapa yang terdiri dari golongan mewah? Tidak bolehkan dikhususkan bantuan tersebut kepada pelajar yang layak sahaja.Maksudnya di sini, bantuan tersebut diberi dalam bentuk yang berkualiti. Apabila jumlah yang layak diterima telah ditapis, makan jumlah sumbangan yang lebih besar dapat diberi kepada golongan susah.Apakah maknanya dengan memberikan wang RM100 yang hanya di celah gigi bagi mereka yang kaya raya? Sedangkan ada pelajar yang mampu membawa wang belanja RM100 di dalam dompet mereka setiap hari. Sedarkah kita semua perkara ini?Cuba perhatikan semula :-).

Aspek ke dua pula ialah aspek pemanfaatan duit tersebut. Dari tinjauan yang dilakukan, lebih 80% pelajar menggunakan duit RM100 tersebut bagi tujuan berseronok di mana dalam erti kata lain ianya tidak sampai ke tangan ibu bapa pelajar tersebut. Perlu diingat, matlamat asal kerajaan war-warkan dulu ialah untuk meringankan beban ibu bapa bagi menampung perbelanjaan sekolah. Sebuah rahmat bagi pelajar apabila mereka menerima wang tersebut lalu tanpa memikirkan sebarang kesan di belakang hari, mereka berjoli sakan tidak kira membeli topup, keluar berseronok dengan rakan di shopping complex, bermewahan membeli gajet dan sebagainya. Yup, mungkin ada yang pertikai, "kenapa nak sibuk-sibuk, itukan duit kitaorg". Tak mengapa, kita lihat aspek seterusnya.

Seterusnya kita lihat perubahan sikap pelajar terhadap ibu bapa mereka sendiri. Hanya kerana wang RM100 ada di antara mereka mula bersikap kurang ajar dengan ibu dan ayah mereka sendiri. Siap mengugut untuk pastikan mereka dapat pegang sendiri duit tersebut selepas diterima oleh ibu bapa. Untuk makluman, duit tersebut hanya boleh diterima oleh penjaga yang sah sahaja iaitu ibu, bapa atau penjaga sah. Di antara insiden yang diakui oleh guru di sekitar Selangor, ada pelajar yang membawa rakan mereka dari luar untuk mengaku sebagai penjaga. Rupa-rupanya mereka hanya tua beberapa tahun dari pelajar mungkin lepasan SPM agaknya. Mungkin kelihatan sedikit dewasa namun tiada perkaitan kekeluargaan dengan pelajar. Senang cerita, ada pelajar yang agak berani berbuat demikian.

Aspek terakhir dan paling terbesar ialah apabila para guru dan pihak sekolah bagaikan tiada nilai lagi di mata ibu bapa dan pelajar itu sendiri. Apabila bermulanya pengumuman RM100 ini, maka bermulalah episod guru ditekan dengan beribu macam soalan dari pelajar “Cikgu!!Bila nak bagi duit kami..!!”, “Cikgu...cikgu tak ada hak pegang duit kami..”, “Cikgu x ada hak untuk nasihat kami..”.Itu adalah antara kata-kata manis pelajar buat insan yang mendidik mereka J Betapa bahagianya guru-guru apabila menerima pujian sebegitu rupa dari pelajar. Apa yang lebih menarik ialah, ada juga ibu bapa yang tidak ketinggalan menghargai jasa guru di sekolah. Hari pertama pengumuman tanpa bertangguh ibu bapa menerjah ke sekolah dan memaki pihak sekolah dan guru... “Mana duit kami?”, “Cikgu jangan berani nak halang duit kami...”, “Kenapa nak simpan duit kami...cikgu tak layak” dan lagi seterusnya yang indah-indah. Oh betapa mulianya kerja seorang guru sehingga sentiasa diperlakukan sebegini oleh pelajar dan ibu bapa. Kes ini tidak merujuk kepada semua ibu bapa, namun boleh dikatakan hampir di semua sekolah pasti terdapat beberapa kes sebegini. Yang lebih menarik ialah, waktu pihak sekolah diserang, duit pun belum nampak bayangnya, pengumuman atau surat dari pihak sekolah pun belum dikeluarkan.

Wahai rakyat Malaysia, janganlah kerana wang RM100 mata kita menjadi kabur sehingga lupa matlamat sebenar menghantar anak-anak kita bersekolah. Kerana wang RM100 ada pelajar kurang ajar dengan ibu bapa, ada yang kurang ajar dengan guru, penat lelah guru di dalam mengagih duit tersebut sehingga terpaksa menghentikan proses P&P secara terus di dalam satu hari hanya kerana sesi pemberian duit tersebut. Saya berani mengatakan, kebanyakkan wang tersebut habis dalam masa sehari sahaja tanpa dilakukan perkara berfaedah demi tujuan persekolahan. Bagi ibu bapa yang kesusahan saya yakin wang tersebut dimanfaatkan sebaiknya. Namun tidak dinafikan ada juga anak-anak yang kesusahan ini tidak mahu memberikan wang tersebut kepada ibu bapa mereka untuk dimanfaatkan dengan cara yang baik.

Sekali lagi saya ingin tekankan, ini bukanlah kisah bermotifkan politik namun sebuah perbincangan untuk kebaikan bersama. Mungkin ada yang berpendapat saya tidak berhak bersuara begini, tapi inilah kenyataannya. Saya hanya menghuraikannya di dalam blog ini. Terdapat sebuah pengalaman guru di mana seorang bapa pelajar menyatakan, “Cikgu, sebenarnya kami tidak perlukan duit ini, banyak lagi ibu bapa lain yang memerlukan, namun sebab kami tak mau cikgu alami kesusahan berhari-hari buat agihan duit ni, jadi terpaksalah saya pun turut minta cuti separuh hari untuk datang ke sekolah sebab saya tau tugas cikgu di sekolah terganggu kerana proses pembahagian ini. Saya tak mau anak saya ketinggalan kelas lama-lama.Terima kasih cikgu kerana bersusah payah jadi wakil menyampaikan sumbangan ni..”Itu adalah kata-kata ibu bapa yang prihatin dengan apa yang berlaku. Para guru juga sedar namun apakan daya, sebagai penjawat awam maka arahan terpaksalah dituruti.

Duit negara perlulah diuruskan dengan sebaik mungkin agar pihgak yang berkenaan benar-benar mendapat manfaat. Tidak perlu melakukan pembaziran jika tidak perlu. Buat tapisan yang sebaiknya bagi pelajar yang benar-benar layak menerima sumbangan ini. Jika hendak memberi pendidikan percuma, sebaiknya peruntukan tersebut diberikan kepada sekolah untuk menampung kos yuran pelajar. Jika peruntukan diberikan kepada sekolah maka pelajar tidak lagi perlu membayar yuran yang rata-ratanya liat nak membayar sehingga tamat sekolah. Maka itulah baru dikatakan Pendidikan Percuma!!!. Sudahlah banyak peruntukan dipotong dan tidak dapat diterima oleh sekolah untuk aktiviti pelajar, belum kira lagi para guru jarang sekali menerima sebarang claim bagi tugas luar (kebanyakkan pegawai kerajaan lain tiada masalah claim malah ada yang terlebih). Jadi apabila yuran sekolah pun disekat untuk dibayar oleh ibu bapa melalui wang ini, maka pihak sekolah hanya mampu senyum. Diharapkan ibu bapa tidak menunding jari jika banyak aktiviti sekolah yang memberi manfaat besar untuk pelajar tidak dapat dijalankan. Nak salahkan siapa?Anda boleh jawab sendiri. Pihak sekolah dan guru boleh berusaha namun jika tiada peruntukan dan yuran sekolah tiada kemampuan untuk melaksanakan aktiviti yang besar.

Apatah lagi apabila jabatan pelajaran dengan begitu yakin dan senang hati menganggap sekolah pandai mencari duit. Adakah sekolah ni merupakan hypermarket?Yang bukan kedai 24 jam untuk mencari duit sendiri?Tidak wahai rakyat Malaysia.Duit yuran anda yang seciput seorang itulah yang menjadi nadi untuk menjalankan sekolah dan aktiviti lain selain yang rasmi diarahkan oleh kementerian.Sehingga banyak sekolah terpaksa memohon sumbangan, mengadakan jualan amal, jual surat khabar, buat malam amal dan sebagainya demi memastikan kelansungan pendidikan anak-anak anda di luar sana. Apapun itu hanyalah sebahagian pandangan yang dapat dibincangkan di sini. Admin pasti ada yang suka da nada yang tak suka dengan topik ni. Namun janganlah mudah nak marah, bertenang, bawak-bawak minum air sambil cicah biskut fikir-fikirkanlah yek demi anak-anak kita dan generasi masa hadapan J Peace no war. Suara sebagai rakyat bukan sebagai parti J